Tuesday 16 October 2012

MESYUARAT AJK PIBG 2012

Pada hari ini satu mesyuarat AJK PIBG telah diadakan.  Mesyuarat ini antara lain membincangkan agenda berikut :-

1. Ucapan yang dipertua PIBG
2. Ucapan Penasihat PIBG.
3. Pengesahan minit Mesyuarat lalu.
4. Hari Keluarga.
5. Pembinaan Dewan Terbuka
6. Hal-hal lain.

 YDP PIBG memberikan ucapan

 Timbalan YDP PIBG turut hadir dalam mesyuarat ini

 Setiausaha Kehormat PIBG





- Makluman dari YDP PIBG bahawa surat permohonan dewan terbuka PIBG telah beliau serahkan kepada YB Anita Baranting.
- sidang mencadangkan untuk menambahkan sumber kewangan mengadakan pungutan deram rm10 bagi setiap keluar setiap tahun.
-sidang juga mencadangkan yuran ganti diri tidak hadir gotong-royong sebanyak rm10.

Thursday 29 March 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2009-2012

29.03.2012 Mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2009-2012 telah diadakan di Bilik Gerakan SK. Masalog.  Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB. Anita Baranting, Adun N5 Tandek.  Turut sama wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu En, Jode Bungas, wakil pemimpin kemajuan masyarakat Kota Marudu En. Sukimi Soyoh dan rombongan.
YB Anita merasmikan mesyuarat agung PIBG

YB Anita menerima cenderahati daripada YDP PIBG Pn. Jukinah

YB dan rombongan menikmati hidangan tengahari bersama-sama

Mesyuarat dikendalikan oleh YDP setelah dilantik sekali lagi oleh sidang untuk menerajui kepimpinan PIBG sekolah

sebahagian ibubapa yang hadir dalam mesyuarat agung kali ini..

Laporan akitiviti oleh setiausaha kehormat PIBG Pn. Mardianah Lorin

menyaksikan tayangan laporan daripada setiausaha

Laporan kewangan oleh bendahari kehormat PIBG Pn. Sabariah Kee

En. Sabli mencadangkan minit mesyuarat agung yang lepas disahkan

disokong oleh saudara Jossin..

turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Mr. Mathew selaku guru pembimbing guru2 BI - beliau menggalakkan ibubapa supaya menanamkan minat belajar  Bahasa Inggeris kepada anak-anak..

Mr. & Mrs Mathew

muka baru AJK PIBG kali ini...saudara Ikhwan selaku Timbalan YDP PIBG

Dalam mesyuarat kali ini sidang sebulat suara mengekalkan AJK lama..hanya seorang muka baru dilantik bagi sesi kali ini..
Barisan AJK PIBG 2012
Penasihat : Guru Besar
Yang Dipertua PIBG : Pn. Jukinah Adun
Timbalan Yang Dipertua : En. Ikhwan Buntarang
Setiausaha Kehormat : Pn. Mardianah Lorin
Bendahari Kehormat : Pn. Sabariah Kee

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang..