Friday 5 December 2014

04.12.2014 merupakan detik perpisahan di antara mantan Guru Besar SK.Masalog Encik Maidin Awang dengan warga SeKeMas dan PIBG.  Pada hari ini satu majlis perpisahan telah diadakan oleh PIBG SK.Masalog sebagai tanda penghargaan terhadap jasa guru besar selama berkhidmat di sekolah ini.  Majlis ini telah diadakan di Dewan Muhibbah Kg. Masolog dan dikendalikan sepenuhnya oleh ajk PIBG. 








Yang Dipertua PIBG Pn. Jukinah Adun menyampaikan ucapan


Sebahagian daripada ibu bapa yang hadir di majlis ini


Ustaz Ikhwan @ Timbalan YDP PIBG membacakan doa

 Guru Besar SK.Masalog yang baharu Pn. Caroline Gunting bersama Yang Dipertua PIBG


Monday 1 December 2014

Mesyuarat sempena Majlis Perpisahan Mantan Guru Besar

01.12.2014 Mesyuarat membincangkan majlis sambutan perpisahan Mantan Guru Besar En. Maidin Awang telah diadakan di Kelas Tahun 1 Ros...terima kasih cikgu Rosmah.

Mesyuarat kali ini membincangkan jumlah kewangan yang dapat dikumpul, lokasi majlis, acara sepanjang majlis, menu dan sebagainya.

Yang Dipertua PIBG Pn. Jukinah Adun mempengerusikan mesyuarat





Friday 15 March 2013

MESYUARAT PERSIAPAN BAGI MESYUARAT AGUNG PIBG 2013

Pada 14.3.2013 yang lepas  AJK PIBG Sk. Masalog telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persiapan sebelum mengadakan Mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2013.

Mesyuarat ini telah diadakan di Makmal Komputer sekolah dan dipengerusikan oleh YDP PIBG Pn. Jukina Adun.






 YDP PIBG Pn. Jukina Adun

Tuesday 16 October 2012

MESYUARAT AJK PIBG 2012

Pada hari ini satu mesyuarat AJK PIBG telah diadakan.  Mesyuarat ini antara lain membincangkan agenda berikut :-

1. Ucapan yang dipertua PIBG
2. Ucapan Penasihat PIBG.
3. Pengesahan minit Mesyuarat lalu.
4. Hari Keluarga.
5. Pembinaan Dewan Terbuka
6. Hal-hal lain.

 YDP PIBG memberikan ucapan

 Timbalan YDP PIBG turut hadir dalam mesyuarat ini

 Setiausaha Kehormat PIBG





- Makluman dari YDP PIBG bahawa surat permohonan dewan terbuka PIBG telah beliau serahkan kepada YB Anita Baranting.
- sidang mencadangkan untuk menambahkan sumber kewangan mengadakan pungutan deram rm10 bagi setiap keluar setiap tahun.
-sidang juga mencadangkan yuran ganti diri tidak hadir gotong-royong sebanyak rm10.

Thursday 29 March 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2009-2012

29.03.2012 Mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2009-2012 telah diadakan di Bilik Gerakan SK. Masalog.  Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB. Anita Baranting, Adun N5 Tandek.  Turut sama wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu En, Jode Bungas, wakil pemimpin kemajuan masyarakat Kota Marudu En. Sukimi Soyoh dan rombongan.
YB Anita merasmikan mesyuarat agung PIBG

YB Anita menerima cenderahati daripada YDP PIBG Pn. Jukinah

YB dan rombongan menikmati hidangan tengahari bersama-sama

Mesyuarat dikendalikan oleh YDP setelah dilantik sekali lagi oleh sidang untuk menerajui kepimpinan PIBG sekolah

sebahagian ibubapa yang hadir dalam mesyuarat agung kali ini..

Laporan akitiviti oleh setiausaha kehormat PIBG Pn. Mardianah Lorin

menyaksikan tayangan laporan daripada setiausaha

Laporan kewangan oleh bendahari kehormat PIBG Pn. Sabariah Kee

En. Sabli mencadangkan minit mesyuarat agung yang lepas disahkan

disokong oleh saudara Jossin..

turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Mr. Mathew selaku guru pembimbing guru2 BI - beliau menggalakkan ibubapa supaya menanamkan minat belajar  Bahasa Inggeris kepada anak-anak..

Mr. & Mrs Mathew

muka baru AJK PIBG kali ini...saudara Ikhwan selaku Timbalan YDP PIBG

Dalam mesyuarat kali ini sidang sebulat suara mengekalkan AJK lama..hanya seorang muka baru dilantik bagi sesi kali ini..
Barisan AJK PIBG 2012
Penasihat : Guru Besar
Yang Dipertua PIBG : Pn. Jukinah Adun
Timbalan Yang Dipertua : En. Ikhwan Buntarang
Setiausaha Kehormat : Pn. Mardianah Lorin
Bendahari Kehormat : Pn. Sabariah Kee

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang..

Wednesday 20 April 2011

MESYUARAT AJK PIBG

Pada 19hb. April 2011 yang lalu, satu Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YDP PIBG iaitu Pn. Jukinah Adun.

 










Thursday 23 July 2009

Mesyuarat Perlaksanaan Mesyuarat Agung PIBG

Hari ini 22hb Julai 2009, mesyuarat bagi membincangkan perlaksanaan Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan. Mesyuarat dihadiri oleh YDP PIBG En. Sating Sawayan, penasihat persatuan En. Maidin Awang dan AJK Tertinggi.


Dalam mesyuarat ini sidang sebulat suara bersetuju mengadakan mesyuarat agung pada 29hb Julai bertempat di Bilik Gerakan SK. Masalog. Mesyuarat akan dirasmikan oleh PPD Kota Marudu.


Mesyuarat berakhir pada jam 4.00 petang..adalah diharapkan agar ibubapa dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat agung itu nanti....